[1] Demi Masa! [2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Saturday, 2 June 2012
Malay History
Megat Panji Alam tanah Melayu tak pernah dijajah, tanah ini hanya diangkat menjadi negara angkat Queen Elizabeth (dengan niat tertentu) melalui strategi lantikan residen pada setiap negara2 Melayu (ketika itu) yang anda hari ini menyebutnya sebagai negeri2 Melayu, sebab itu untuk bebas dari menjadi "negara angkat timur", semua negara2 Melayu yang bersultan ini (yang kesemuanya berada di Semenanjung Emas) dikenakan syarat "penggabungan negara2 Melayu"...barulah boleh bebas dari negara angkat Queen, hasilnya, istilah "PERSEKETUAN TANAH MELAYU" diberi nama, ianya telah menjadi nama lain dengan gelaran MALAYA, dan ketika ianya dibebaskan dari "negara angkat" Queen Elizabeth, nama baru diberi iaitu MALAYSIA.
SIA = bermaksud tanah
MALAY = bermaksud MELAYU
sebab itulah wahai cucuku yang budiman, raja2 Melayu kita memanggil Queen Elizaberth cukup dengan nama sahaja, sedangkan negara2 lain yang ada raja memanggil Queen dengan gelaran, iaitu YOUR MAJESTY, maknanya di sini, bangsa MELAYU telah sentiasa diakui BERDAULAT kerana ini tanah ada ALTER nya yang misteri, sebab itu barang2 misteri & tekonolog2 MISTERI dari ALAM MELAYU hampir kesemuanya telah dibawa pulang ke PULAU ENGLAND dan kerana sebab itulah ramai dari cucu hari ini tidak kenal sejarah bangsa sendiri, kalau cucu tak kenal tak mengapa, kerana seluruh dunia ada catatan kunonya dengan NEGARA-NEGARA MELAYU kerana bangsa Melayu sudah lama wujud jauh lagi semenjak era kegemilangan Nabi Sulaiman A.S. lagi...
Kebanyakan kostum2 kerabat diraja yang dipakai oleh bangsawan2 barat di Eropah adalah dengan meniru pakaian panglima2 Melayu, meniru pakaian2 diraja Melayu yang penuh bangsawan, bahkan setiap Nabi selepas era Raja Nebuchednezzar (Namrud) iaitu yang sezaman dengan baginda Nabi Ibrahim, kesemuanya pernah mendengar & kenal siapa bangsa Melayu yang mahsyur dari timur itu, semua catatan2 silam bangsa2 besar dari tamadun2 besar ada menceritakan dalam batu2 bersurat mereka dengan tulisan masing2 mengenai 1 bangsa yang terkenal dengan teknologi cerapan bintang dan menjadi raja lautan di timur dunia, dan nama bangsa itu ialah MELAYU, bahkan Nabi Muhammad sebelum dilantik menjadi Rasul sudah lama kenal siapa anak Melayu kerana baginda sendiri seorang bisnesman yang terkenal di Syria (nama lama adalah SYAM).
Orang Arab yang bergaya ketika bisnes sangat terkenal dengan serbannya di kepala, terutamanya Nabi Muhammad ketika zaman remajanya...
Bagaimana mungkin Muhammad tak kenal siapa bisnesman Melayu kerana hanya bangsa inilah segak & tampan dengan TANJAK di kepala ketika berdagang....
Nota:
bukankah Syria ada laut ?
bukankah rempah ratus datangnya dari Nusantara ?
dengan jalan apa nak menguasai lautan kalau bukan KAPAL LAUT ?
Siapa raja di lautan yang harum namanya di timur & barat ?
(sebab itu Nabi Muhammad selepas menjadi Rasul memerintah Saad datang ke Nusantara melebarkan fahaman ajaran Ibrahim yang ketika itu dianuti oleh Umat Bani Mala yakni Melayu dengan nama agama iaitu agama HANIF iaitu ajaran silam Nabi Ibrahim, sebab itulah bila ISLAM sampai di Nusantara melalui ACHEH, berjuta2 umat Melayu masuk ISLAM tanpa berperang, kerana asas tauhid dalam ajaran agama Hanif hampir sama dengan ketauhidan Muhammad. )
Melayu menjadi bangsa pertama yang menerima ISLAM, sedangkan benua Eropah menerima ISLAM 500 tahun kemudian, anda harus mengerti bahawa Islam sudah hadir di Nusantara di saat Nabi Ibrahim mengembara ke Nusantara, bahkan Islam nya penduduk Acheh juga di saat Nabi Muhammad masih hidup.
Sayang 1000 kali sayang, cucu semua tak pernah dengar cerita seperti ini.....
والله اعلم
- Megat Panji Alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment