Tuesday, 21 February 2012

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa..



Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.


Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.


Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.


1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.


Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.


2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.


Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.


3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.


Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.


Firman Allah bermaksud: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).


4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.


Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.


Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.


5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.


6.Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.


Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.


7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.


Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).


Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.


8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.


Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.


9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.


10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.


Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).


Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.


Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.




●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●

Friday, 17 February 2012

Mutiara words....

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"


"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"


"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"


"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"


"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"


"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"


"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"


"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"


"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"


"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"


"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"


"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"


"Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat"


"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"


"Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan"


"Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia"


"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"


"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"


"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"


"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"


"Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi"


"Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina"


"Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"


"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"


"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"


"Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang"


"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"


"Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu"


"Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan"


"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"


"Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"


"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"


"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"


"Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"


"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur"


"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"


"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"


"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"


"Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"


"Dengan hatilah seseorang itu melihat dengan betul, apa yang penting tidak dapat dilihat dengan mata" Antoine de Saint-Exupery The Little Prince.


"Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar" Barbara Hall.


"Cara yang paling cepat melakukan banyak perkara ialah dengan melakukan satu perkara dalam satu masa" Samuel Smiles


"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang" Whitney W Young


"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad.


"Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit" Allen Tate


"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"


"Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan"


"Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri"


"Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu"


"Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan"


"Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu"


"Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"


"Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"


"Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri"


"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA"


"Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan"


"Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati"


"Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain"


"Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama"


"Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah"


"Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan"


"Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka"


"Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar"


"Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik"


"Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya"


"Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai"


"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"


"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"


"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"


"Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia"


"Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka"


"Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka"


"Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada lelaki yang beliau cintai"


"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"


"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam"


"Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar"


"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana"


"Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain"


"Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari"
www.familiazam.com


"Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan"

"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... "

Wednesday, 8 February 2012

Monday, 6 February 2012

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW...

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Bacaan sangat merdu...



Dunia itu neraka...

Dunia = neraka bagi mukmin sejati...
Dunia = syurga bagi mereka-mereka yang tahu dan ingkar...

Zikir Terapi Diri...



Benarkah zikir itu membuatkan jiwa menjadi tenang?


Sheikhuna (guru kami), Sheikh Yusuf Al-Hasani pernah berkata: “Garis pemisah yang membezakan antara zikir dan kelalaian ialah: kehadiran hati bersama Allah s.w.t. (hudur ma’a Allah).”

Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari r.a. berkata: “Kamu zikir dengan lisan tanpa kehadiran hati bersama Allah s.w.t. itu lebih baik daripada kamu meninggalkan zikir sama sekali. Boleh jadi, dengan zikir lisan tanpa kehadiran hati tersebut, akan membawa kepada zikir dengan kehadiran hati setelah itu.”

Seseorang yang sudah merasai kelazatan zikir (mengingati Allah s.w.t.) dalam muroqobah (kewaspadaan hati terhadap pandangan Allah s.w.t. kepadanya), akan sentiasa ingat kepadaNya walaupun tanpa lidah yang menyebut namaNya. Ini merupakan suatu zikir zauqi (dalam bentuk perasaan) di mana seseorang itu rasa diawasi oleh Allah s.w.t.. Inilah yang dipanggil dengan kehadiran hati bersama Allah s.w.t....

Sumber...

Friday, 3 February 2012

Perlukah syurga?

Pernah pada suatu masa dahulu seringkali saya terdengar orang-orang jahil bercakap dan mengatakan kalau tuhan itu baik kenapa ada peperangan di dunia ini? Kenapa buat neraka? Kenapa adanya hukuman? Dan lain-lain persoalan yang sering berlegar dan begitu kerap diucapkanterutamanya dari golongan yang tidak percayakan tuhan iaitu "atheisme".Bahkan ada di kalangan umat Islam sendiri yang marah kepada Allah dan mengatakan bahawa Allah itu tidak adil dan sebagainya.

Ini adalah satu artikel yang amat menarik bagi diri saya. Semoga ia boleh dimanfaatkan dan dijadikan renungan serta muhasabah diri untukkita semua. Insyaallah...

Ini adalah kisah benar..kisah ini mengenai seorang gadis Melayu,beragama Islam, tetapi dirinya terlalu cetek mengenai pengetahuan dan hokum-hukum tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar Membangun Bersama Islam, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premisberkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapakah jumlah denda yang akan dikenakan kepada pesalah sekiranya dia didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah sebuah lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun didenda, setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ini mula memberikan nasihat kepadanya. "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan-peraturan ini. Ia bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tetapi menutup aura tini termasuk juga dalam perintah Allah s.w.t" Ringkasnya.. "kalau kita taat dengan segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikma tdi syurga..kalau kita derhaka dan tidak mahu mematuhi perintah-Nya,takut nanti tidak sempat bertaubat. Di takuti kita ini bakal mendapat azab di neraka Allah. TuhanYang Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita dicampakkan ke dalam neraka"

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak."Kalau Tuhan itu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz itu pun menjawab "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang? Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam..hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerentin masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz itu pun menjelaskan "perkara macam tadi akan berlaku kalau Allah s.w.t hanya menyediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan lulus percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu baik. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Ah! mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis. Ustaz tersenyum dan menyoal lagi "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya "Adik, saya bagi nasihat Ini kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.Sebab itulah neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang". Ustaz itu berkata lagi.. "Kita sedang diuji semasa hidup di dunia ini. Jasad kita bahkan segala-galanya milikAllah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah;semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan dirikita juga".

Jadikanlah kisah ini sebagai renungan dan pemangkin untuk kita lebih dekat lagi dengan pencipta kita iaitu Allah s.w.t. Moga kita beroleh rahmat dan berkat dari Allah s.w.t. Insyaallah...

Thursday, 2 February 2012

Extra tips for all as given by Dr. Fadzilah Kamsah

Tatacara makan & minum
=====================
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa
Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.

Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak
sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & Insya-Allah,
kita akan work towards it (ada semangat) dikeesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner
ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akandiperolehi adalah approaching 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk
ygpertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.
Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus
sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut,
& so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sebelum maghrib
ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja
ie masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently
(senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air
===============
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)
boleh elak daripada dapat batu karang

Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri
ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak
================
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak
(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akan
lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak
anak akan develop excellently.

* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan)
pakaikan baju warna orange
sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak

Tatacara didik diri sendiri
====================
Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif
emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :-
1. BERJAYA:  Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik
diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!
So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last
sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that
day) shall pass on his words to others, and  those to others again; and
may the last ones understand his words better that those who listen to him
directly...

Doa Maulana Saad.....

Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami
Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami
Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami
Ya Allah Engkau Kurniakanlah Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami
Ya Allah Engkau Kurniakanlah Pengikhtirafan Mu Pada Kami
Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dengan Zat Mu
Ya Allah Kami Milikmu Ya Allah
Ya Allah Bantulah Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Kurniakanlah Istiklas Dan Istiqamat
Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah
Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu
Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini
Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama
Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu
Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat
Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah. Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya
Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dengan Kehidupan Sunnah Nabi Saw
Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat
Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami
Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami
Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami
Ya Allah Berilah Petunjuk Pada Setiap Individu Umat Ini
Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat
Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat
Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil
Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil
Ya Allah Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil
Ya Allah Peliharalah Usaha-Usaha Agama Ini, Rakan-Rakan Usaha Agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah Dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq
Ya Allah Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting
Ya Allah Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami .
Ya Allah Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami.
Ya Allah Mudahkan Urusan Kami Dengan Fadhil Mu
Ya Allah Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dan Engkau Turunkanlah Nusrah Ghaibmu Pada Kami.
Ya Allah Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3x )
Ya Allah Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu
Ya Allah Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat
Ya Allah Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini
Ya Allah Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini. Kau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3 X )
Ya Allah Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami Taufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu
Ya Allah Keluarkanlah Keyakinan Yang Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Mentaati Perintah-Perintah Mu
Ya Allah Pada Orang-Orang Yang Ada Masaalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masaalah Mereka.
Ya Allah Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit
Ya Allah Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat
Ya Allah Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami
Ya Allah Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami




- Doa Maulana Saad diambil dari blog Al-Alorstari 




Terimalah Doa Kami.......
Terimalah Doa Kami.......
Terimalah Doa Kami.......


have fun

ENAM PERTANYAAN DARIPADA IMAM AL-GHAZALI

PERTAMA :
Beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :”Orang tua, guru, kawan dan sahabat”.

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘mati’. Rujuk surah Ali ‘Imran ayat 185.

KEDUA :
Beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :”negara China, bulan, matahari dan bintang”.

Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘masa lalu’. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA :
Beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: “Gunung, bumi, matahari”.

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah ‘nafsu’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A’raf ayat 179.

KEEMPAT :
Beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :”Besi, gajah”.

Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘menanggung amanah’. Segala tumbuhan, binatang, gunung-ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : Beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab: “Kapas, angin, debu dan awan”.

Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘meninggalkan sembahyang’ kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM :
Beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab: ”Pedang”.

Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘lidah manusia’ di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan .  

Sumber...

Wednesday, 1 February 2012

What is wrong with the Muslims


Mereka seperti buih dilautan...

MENGAPA?

Kerana manusia hanya focus kepada IMAN + AMAL sahaja...

Sepatutnya manusia focus kepada... IMAN + AMAL + BERPESAN KEBENARAN + BERESAN KESABARAN....

"[1] Demi Masa! [2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Al-Asr: 1-3)

"Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” (Adz-Dzariyat: 55)

have fun

Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Menangis...



Layan pukul 2-3 pagi 'rasa' dia lain... try la..

Have Fun

Perspektif menjadi kaya?

Garu kepala.. Bukan sekali dua.. Dah banyak kali terbaca dan terdengar.
Islam tidak pernah menghalang kita semua mencari harta kekayaan asalkan melalui cara yang halal dan membayar zakat apabila sampai masanya.
Berikut ada 8 jawapan untuk persoalan sebegini. Kalau terdengar dan terbaca, selalunya saya senyapkan sahaja, melainkan kalau ada orang bercakap terus dengan saya.
#1 Nabi tak suruh umatnya jadi kaya! ---> Habis tu nak suruh Yahudi ke bayar zakat?
#2 Harta tak boleh bawak masuk kubur.--->Harta yang jadi sedekah jariah boleh aje.
#3 Orang kaya semua jahat, makan rasuah, tamak. ---> Lembaga Zakat Selangor pada 2011 kutip RM 393.5 juta. Orang jahat rupanya yang bayar zakat ni.
#4 Orang yang nak jadi kaya ni golongan kapitalis! --- >Oh, jadi ok lah umat Islam jadi pengemis?
#5 Buat apa jadi kaya, syukur dengan apa yang ada. ---> Alhamdulillah, surau taman kita dah 7 tahun tak siap-siap lagi. Agaknya missionaries Kristian mana yang nak sumbang duit ye?
#6 Yang penting ilmu, bukan harta. ---> Iya lah. Sebab tu kena pinjam PTPTN nak masuk universiti kan.
#7 Qarun je yang suka kumpul harta ni. ---> Dah orang baik-baik macam kau tak mahu, Qarun kautlah semua.
#8 Kena zuhud syeikh. Duit, saham, emas semua ni dunia. ---> Nanti kau dah masuk gaji, transfer duit tu ke akaun bank aku ye. Aku banyak hutang lagi ni belum selesai.

Sekadar perkongsian bersama........

Sekadar perkongsian bersama & nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu.............






PERTAMA. 
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.








KEDUA. 
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua. 








KETIGA. 
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu







KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah. 









KELIMA. 
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya. 











KEENAM. 
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.











KETUJUH.. 
Percayailah cinta pandang pertama. 












KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.













KESEMBILAN. 
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini. 















KESEPULUH. 
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.













KESEBELAS. 
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka. 












KEDUABELAS. 
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas. 















KETIGABELAS. 
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'














KEEMPATBELAS. 
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.













KELIMABELAS. 
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.














KEENAMBELAS. 
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar. 














KETUJUHBELAS. 
Berpeganglah kepada tiga R: 
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda 










KELAPANBELAS. 
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.







KESEMBILANBELAS. 
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.







KEDUAPULUH. 
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.







KEDUAPULUH SATU.
Ada ketikanya anda perlu bersendirian. 







Kini tibalah bahagian yang MENYERONOKKAN! Message ini telah dihantar kepada anda untuk kebaikan. Sila hantarkan salinan kepada mereka yang pada pendapat anda memerlukan kebaikan. Janganlah hantarkan wang kerana nilai takdir tidak boleh dijual beli.

Anak...





Ketika engkau dilahirkan
Engkau menerangi alam
Kegelapan ayah dan ibu mu
Betapa murni kasihnya
Ketika kau nyenyak tidur
Menatapi wajahmu oh anak
Kenanglah ibu mu tidur tak lena
Menjaga tidur mu
Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu
Di belai mu dengan cermat
Penuh kasih dan sayang
Tiap detik dan setiap waktu
Kini masa terus berlalu
Di mandi dengan kasih sayang
Kau besar sudah oh anak
Ibu dan ayahnya memberi kau
Kebebasan yang engkau mahu
Di samping didikan agama
Yang sempurna untuk hari mu


Kasih Ibu

KALAU SAYANG IBU, Silalah baca...

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya..


kadang-kadang manusia nak pergi ke peringkat syariat --> tarikat --> hakikat --> ma'rifat
nak juga supersonic tanya untuk apa u nak achieve level tu? 

sesuatu yang perlu kita tahu level syurga = bawah TAPAK KAKI ibu... tapak kaki je lol...

ramai orang nak masuk syurga, nak juga supersonic tanya untuk apa u nak masuk syurga? 
pernah tak kita fikir macam mana nak pastikan ibu kita masuk syurga? 

ada orang lak, sibuk nak kembangkan religious?
nak juga supersonic tanya untuk apa u nak kembangkan religious? 
dalam masa yang sama u pernah fikir macam mana nak bahagiakan ibu kamu?

ada orang lak sibuk nak bantu society, 
nak juga supersonic tanya untuk apa u nak bantu society? 
dalam masa yang sama u pernah fikir supaya ibu kamu 'bahagia'?

picture dalam kita nak masuk syurga lebih besar around 70%.... 
tapi picture dlm kepala kita nak bahagiakan ibu kita = 'x'... u nak tahu berapa? 
macam mana kalau supersonic kata 'ZERO'... (sebab kita tak pernah focus nak buat benda ni)

kita plan nak power dalam spiritual (aqidah + syariat + akhlak)
kita plan nak power dalam business (online + offline)
kita plan nak power dalam relationship (i,f,r,n,s)

pernah tak kita plan macam mana nak buat ibu kita bahagia sebaik pandang wajah kita? 

ish.. ish.. ish.. tanbihul ghafilin ---> buat u dan i 

siapa tahu 'kehidupan' yang kita terlalu inginkan itu apa?

dah jauh kita berjalan, tetapi kita terlepas pandang benda-benda basic... camne nak berjaya?

- bg yg dah buat planing, re-planing balik
- bg yg belum buat planing = u planing to fail 
- bg yg dah buat planing tapi planing macam nak muntah... lupakan je la... 


pandangan ibu pada seorang anak?
  • pandangan penyejuk mata
  • pandangan 50/50
  • pandangan simpati


nak pergi peringkat tinggi dalam, tasauf, dajjal, lucifer, conspiracy tu lupakan je la... 
kalau 'ibu' u pun pandang u macam nak muntah... kehkehkeh... (jangan marah ek, gurau-gurau je ) 

mana lagi best, sturdy conspiracy? atau kita belajar macam mana nak buat supaya ibu kita pandang dengan pandangan qurrata'yun (penyejuk mata).. 


have fun